Klasifikasi Kes Faraid adalah seperti berikut:- | ||
i.
|
Nilai harta pusaka melebihi RM 100,000.00 - Bagi nilai pusaka yang melebihi RM 100,000.00 permohonan hendaklah difailkan/ didaftarkan terus ke Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan. |
|
ii.
|
Nilai harta pusaka tidak melebihi RM 100,000.00 - Bagi nilai pusaka simati yang dibawah RM 100,000.00, permohonan hendaklah difailkan/ daftarkan di Mahkamah Rendah Syariah di daerah di mana pemohon tinggal. |
|
Butir-Butir perlu Dalam Setiap Pendaftaran Kes Faraid | ||
i.
|
Permohonan Persendirian/ Peguam | |
a.
|
Borang Permohonan Pendaftaran Kes Faraid
|
|
b.
|
Surat Akuan Waris
|
|
c.
|
Surat Akuan Am 80
|
|
d.
|
Salinan Kad Pengenalan Pemohon
|
|
e.
|
Salinan Kad Pengenalan waris-waris
|
|
f.
|
Salinan dokumen berkaitan harta
|
|
g.
|
Jumlah keseluruhan harta pusaka
|
|
h.
|
Bayaran sijil faraid akan dikenakan selepas sijil disiapkan berdasarkan kehendak Kaedah Fee dam Kos 1991
|
|
ii.
|
Permohonan Melalui Pejabat Pesaka Kecil Daerah/ Amanah Raya | |
a.
|
Surat permohonan dari Pegawai Pejabat Pesaka Kecil atau Pegawai Amanah Raya dengan menyertakan keputusan perbicaraan waris-waris yang sempurna
|
|
b.
|
Pemohon dikehendaki membayar bayaran pendaftaran dan bayaran sijil faraid setelah sijil disiapkan.
|
|
c.
|
Pemohon akan dimaklumkan melalui surat makluman sijil faraid siap dan jumlah bayaran yang perlu dijelaskan
|
|
d.
|
Pemohon perlu datang untuk mengambil sendiri sijil tersebut
|
PENAFIAN: Segala maklumat dan pengiraan faraid yang terkandung di dalam portal ini yang berkaitan dengan faraid tidak boleh digunakan di dalam mahkamah syariah . ia hanya sebagai maklumat ilmiah sahaja.