Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman    
               
enms
A- A A+

Tatacara Pendaftaran

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Tatacara Pendaftaran Kes Di Mahkamah Syariah

  Pastikan tuntutan yang hendak dibuat dan bidangkuasa Mahkamah yang mendengar tuntutan :

  1. Pastikan alamat tempat tinggal dalam Negeri Kelantan atau anda adalah pemastautin dalam Negeri Kelantan.
  2. Tuntutan melebihi RM100,000.00 – bidangkuasa MTS      -    tuntutan selepas
  3. Tuntutan bawah RM100,000.00 – bidangkuasa MRS          perceraian/Faraid
  4. Kes ubah perintah/laksana perintah di Mahkamah yang mengeluarkan perintah
  5. Kes-kes melibatkan perceraian – bidangkuasa MRS
  6. Kes-kes melibatkan Poligami, Hadhanah & Harta Sepencarian – bidangkuasa MTS

 Langkah-Langkahnya;

i.      Dapatkan borang yang berkaitan dengan tuntutan yang dibuat. (borang juga boleh di muat turun dari laman web JKSNK ini. 

ii .    Lengkapkan borang sebagaimana yang dinyatakan di dalam senarai semak. 

iii.    Hantar permohonan anda di kaunter pendaftaran MTS/ MRS berdasarkan bidangkuasa Mahkamah.

iv.     Ambil no. giliran sebelum berurusan di kaunter Mahkamah.

v.      Serahkan dokumen pendaftaran dan pastikan anda mendapat nombor pendaftaran. Contoh no. pendaftaran kes :10100-028-0124-2011

vi.     Buat bayaran mengikut permohonan yang difailkan dan pastikan anda mendapat resit bayaran setelah pembayaran dibuat.

vii.    Anda akan mendapat tarikh untuk Majlis Sulh/ Sebutan/ Bicara pada hari yang sama selepas kes anda didaftarkan. 

viii.   Pastikan anda mendapat salinan saman/permohonan yang lengkap mengandungi tandatangan Pendaftar,tarikh,masa dan tempat bicara.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Peta Laman | Penafian
"Paparan terbaik ,menggunakan Chrome dengan resolusi 1024 x 800"

© Hakcipta Terpelihara 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan