Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman    
               
enms
A- A A+

Mahkamah Tinggi Syariah

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 



Terdapat dua buah dewan  Mahkamah Tinggi Syariah di Negeri Kelantan yang mana kedua-duanya terletak di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan, Bandar Baru Tunjong, Jalan Pasir Mas – Salor, Kota Bharu Kelantan. Hakim yang membicarakan kes-kes di Mahkamah Tinggi Syariah ini terdiri daripada Hakim Mahkamah Tinggi Kanan dan Hakim Mahkamah Tinggi.


Mahkamah Tinggi Syariah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan dibantu oleh seorang pegawai Penyelidik, seorang Pendaftar tiga orang pembantu syariah,

Enakmen 3/1982  Pentadbiran Agama Islam Negeri Kelantan  telah menerangkan secara terperinci tentang bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah. Seksyen tersebut menyatakan seperti berikut:-

1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Kelantan dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
2) Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Hakim Syarie boleh bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan mengetuai Mahkamah itu.
3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah-
a) dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalah yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
( Negeri Kelantan) [Enakmen No.12 Tahun 2002] atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan

b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu ialah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan:-
i. Pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian , pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan perhubungan antara suami dan isteri;
ii. Apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i);
iii. Nafkah orang-orang tanggungan , kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan ( hadhanah) budak-budak;
iv. Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;
v. Wasiat atau alang semasa marad-al-maut;
vi. Alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang oleh seorang orang islam;
vii. Wakaf atau nazr;
viii. Pembahagian dan perwarisan harta berwasiat atau tak berwasiat;
ix. Penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak;
x. Perisyhtiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam;
xi. Perisyhtaharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang islam atau sebaliknya pada masa kematiannya; dan
xii. Perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidangkuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis



Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Peta Laman | Penafian
"Paparan terbaik ,menggunakan Chrome dengan resolusi 1024 x 800"

© Hakcipta Terpelihara 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan