Amanat Ketua Pendaftar / CIO Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan
Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaanNya jua saya dapat mencoretkan sepatah dua kata di ruangan ini.
Secara umumnya JKSN Kelantan berperanan untuk mentadbir hal ehwal kes-kes Mahkamah Syariah yang melibatkan orang awam, untuk mendapatkan keadilan dan pembelaan yang berlunaskan kepada peruntukan undang-undang. JKSN Kelantan sentiasa berusaha untuk menambah baik sistem penyampaian maklumat kepada semua lapisan masyarakat. Harapan kami agar laman web rasmi yang berciri responsif dan lebih fleksibel ini dapat menyumbang dan menarik lebih ramai masyarakat untuk mengakses segala maklumat yang dikehendaki. Maklumat kini di hujung jari anda.
Laman web rasmi ini menyediakan maklumat-maklumat penting mengenai:
1) Peneraju Perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP) Jabatan dengan keperluan Pelan Pembangunan Nasional
· Memacu Perancangan Strategik ICT Jabatan; dan
· Mengukuh tadbir urus ICT Jabatan.
2) Memacu kesesuaian peraturan/dasar/standard/amalan terbaik dalam pelaksanaan Kerajaan Elektronik
· Memacu pelaksanaan perkhidmatan gunasama ICT (ICT shared services) dalam Sektor Awam.
3) Peneraju Penggalakan Pembudayaan ICT (ICT Acculturation) dalam Sistem Penyampaian Perkhidmatan Jabatan.
· Memacu hala tuju penjajaran program ICT Jabatan.
Kecanggihan teknologi maklumat masa kini telah banyak mencorak pemikiran ummah. Justeru, saya berharap laman web JKSN Kelantan ini akan sentiasa menjadi wadah kepada semua pihak untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan peranan dan dasar-dasar Negara. Kami berharap agar laman web rasmi ini dapat membantu pengunjung mendapatkan maklumat yang diingini berkaitan hal ehwal pentadbiran kes di Mahkamah Syariah Negeri Kelantan ini. Pengunjung laman web adalah dialu-alukan untuk mengemukakan cadangan yang membina kepada jabatan ini melalui ruangan Maklum Balas yang disediakan bagi menambahbaik dan mempertingkatkan lagi mutu maklumat di dalam Laman Web Rasmi ini.
Sekian. Terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"SYARIAH ASAS KEADILAN"
Norhasney Ridhwan Bin Hassan
Ketua Pendaftar / CIO,
Jabatan Kehakiman Syariah
Negeri Kelantan .