SEJARAH PENUBUHAN
· Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan mula ditubuhkan berdasarkan Seksyen 8(1), (2), (3) dan (4) Enakmen Pentadbiran Mahkamah
Syariah Negeri Kelantan 1982 (Pindaan 1998).
· Penubuhannya berkuatkuasa pada 16hb Julai 1998 mengikut Warta Kerajaan Negeri Kelantan Jld.51 Nombor 7 yang bertarikh 26hb Mac 1998.
· Sebelum itu, Mahkamah-Mahkamah Syariah Negeri Kelantan dibawah Pejabat Qadhi Besar Kelantan dan diketuai Qadhi Besar yang kemudian
diubah kepada Ketua Hakim Syarie mulai pada 16hb Ogos 1998.
SEJARAH PERKEMBANGAN
TARIKH |
PERKEMBANGAN |
04.12.1972 |
Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tan Sri Syed Nasir Ismail bagi mengkaji kedudukan Mahkamah Syariah dan taraf Qadhi-qadhi seluruh Malaysia dengan hasrat untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kedudukan Mahkamah Syariah dan taraf Qadhi-Qadhi. |
30.04.1983 |
Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah menimbang laporan Jawatankuasa tersebut dan memperakui untuk diterima pakai oleh Negeri-negeri. Laporan tersebut adalah mengenai : Struktur organisasi Mahkamah Syariah, bidang kuasa, prosedur dan tugas-tugas Qadhi. Negeri-negeri wajib mempunyai organisasi Mahkamah Syariah dengan struktur dan tanggungjawab semata-mata dalam perkara kehakiman. Susunan struktur organisasi Mahkamah hendaklah mempunyai tiga peringkat iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Perlu diwujudkan satu skrin perkhidmatan kehakiman dan perundangan syariat di tiap-tiap negeri. |
02.06.1990 |
Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbendaharaan Malaysia telah membuat pemeriksaan perjawatan bagi mewujudkan Mahkamah Syariah Negeri. |
09.06.1991 |
Mesyuarat Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Perjawatan telah membuat keputusan bersetuju dengan cadangan ini. |
03.11.1991 |
Majlis Mesyuarat Kerajaan telah berbincang kertas MMK Bil. 22/862/91(25) dan bersetuju jawatan-jawatan berkenaan diluluskan tetapi pengisian jawatan-jawatan yang berkenaan bergantung kepada kemampuan dari segi kewangan dan hendaklah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan terlebih dahulu. |
16.01.1995 |
Keputusan ini telah dimaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pertimbangan dan perakuan Perbendaharaan Malaysia bagi kelulusan perjawatan mengikut perkara 112 Perlembagaan Persekutuan. |
02.05.1996 |
Mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi mengkaji Jawatan-jawatan Tingkatan Tertinggi (JKTT) telah bersetuju dengan cadangan pelaksanaan sepenuhnya pengasingan perjawatan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan dan perwujudan jawatan-jawatan Ketua Hakim Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan jawatan-jawatan sokongan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan. |
11.07.1996 |
Perbendaharaan Malaysia telah mengeluarkan kelulusan Perjawatan Bil. 67 Tahun 1996 yang berkuatkuasa mulai 15 Julai 1996 mengenai perjawatan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan. |
MANTAN KETUA HAKIM SYARIE
|
NAMA KETUA HAKIM SYARIE |
TAHUN BERKHIDMAT |
1. |
HAJI WAN HASAN BIN MUHAMMAD |
20.04.1920 - 31.09.1935 |
2. |
|
15.10.1935 - 31.12.1938 |
3. |
|
21.01.1939 - 31.01.1941 |
4. |
|
01.09.1941 - 17.07.1957 |
5. |
|
20.08.1957 - 31.01.1961 |
6. |
|
01.02.1961 - 31.03.1969 |
7. |
|
16.05.1969 - 31.12.1988 |
8. |
|
21.01.1989 - 06.12.2019 |
9. |
(KOSONG) |
|
Mulai 16 Julai 1989, jawatan Qadhi Besar dimansuhkan dan digantikan dengan jawatan Ketua Hakim Syarie.