=
Announcement
There are no announcement at this moment.

Berita Semasa

  • Lawatan Sambil Belajar Daripada Sek.Men. Naim Lilbanat

  • Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2018

  • Kunjungan Hormat Delegasi Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan

  • Seminar Literasi Undang-Undang Wanita Dibawah Payung Syariah

FASAKH

FASAKH

Fasakh ialah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri setelah diminta cerai oleh isteri melalui pengadil (hakim). Fasakh hanya boleh dilakukan  oleh pihak yang berkuasa sahaja seperti hakim dan kadi apabila terdapat sebab tertentu seperti kehilangan suami tanpa diketahui keadaannya sama ada hidup atau mati ataupun salah seorang daripada suami atau isteri murtad dan sebagainya.

Syarat-syarat Fasakh

Menurut pendapat Mazhab Syafie syarat sah fasakh ada dua perkara iaitu:-

  1. Tidak sah fasakh nikah jika dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
  2. Keterangan atau bukti yang diberikan mestilah disaksikan oleh dua orang lelaki atau pengakuan, bahawa kecacatan seperti mati pucuk atau dengan cara berganti-ganti sumpah.


Perbezaan Fasakh Dengan Talak

Fasakh dengan talak adalah berbeza, Fasakh ialah pembatalan akad daripada asas dan menghilangkan sifat halal yang menjadi kesan ke atasnya, manakala talak pula ialah menamatkan akad dan sifat halal masih kekal kecuali setelah talak ba’in (talak tiga). Fasakh berlaku sama ada dengan sebab hal-hal mendatang ke atas akad yang menafikan perkahwinan atau hal-hal yang berhubung kepada akad yang menyebabkan ia tidak lazim dari hukum asal, manakala talak pula ialah talak tidak berlaku kecuali berdasarkan akad yang sahih dan lazim. Selain itu, fasakh tidak mengurangkan bilangan talak yang dimiliki oleh suami, manakala talak mengurangkan bilangan talak.


Kecacatan Yang Membolehkan Fasakh

Di antara kecacatan yang membolehkan fasakh ialah:

  • Kecacatan yang berkaitan dengan alat kelamin dan menghalang daripada berlakunya persetubuhan, contoh bagi lelaki ialah terpotong zakar, mati pucuk atau tidak ada buah zakar, manakala bagi perempuan ialah lubang farajnya tersumbat dengan daging ataupun dengan tulang
  • Kecacatan yang tidak menghalang daripada berlakunya persetubuhan tetapi terdapat penyakit yang menjijikan atau merbahaya, yang boleh menyebabkan pasangan suami isteri tidak dapat hidup bersama kecuali terpaksa menanggung kesusahan (kemudaratan) seperti kusta, sopak dan gila.

Jika kecacatan yang disebut sebelum ini berlaku kepada suami atau isteri selepas akad nikah sama ada selepas persetubuhan atau sebelumnya. Kecacatan tersebut boleh menghalang persetubuhan seperti terpotong kemaluan atau mati pucuk bagi suami atau lubang faraj isteri tertutup disebabkan daging atau tulang yang tumbuh atau kecacatan tersebut tidak menghalang daripada berlakunya persetubuhan seperti sopak, kusta dan gila, pasangannya boleh memilih untuk menfasakhkan nikah.
 Walaubagaimanapun, jika suami mati pucuk selepas berlakunya persetubuhan ia dikecualikan daripada hukum di atas kerana dalam masalah tersebut isteri hilang hak untuk memilih fasakh kerana maksud nikah di pihak isteri iaitu mas kahwin dan persetubuhan telah tercapai dan perkara tersebut telah pun sempurna sebelum berlakunya mati pucuk. Selain itu, wali juga berhak menfasakhkan nikah jika didapati berlakunya kecacatan pengantin lelaki sebelum berlakunya akad nikad. Hak ini ada pada wali sama ada pengantin perempuan setuju fasakh ataupun tidak. Ini kerana wali akan berasa malu dengan kecacatan tersebut.

Jika berlaku kecacatan selepas persetubuhan wali tidak berhak menfasakhkan nikah. Ini kerana pada kebiasaanya perasaan malu tidak akan menimpanya, ia berbeza dengan kecacatan yang berlaku sebelum akad nikah. Begitu juga wali tidak mempunyai hak untuk menfasakhkan nikah disebabkan kecacatan mati pucuk dan terpotong kemaluan yang berlaku sebaik sahaja berlaku akad. Ini kerana mudarat itu hanya akan dihadapi oleh isteri sahaja dan dia meredainya, pada kebiasaanya wali tidak akan mendapat malu.

Selain itu, pengantin lelaki atau perempuan tidak boleh menfasakhkan sendiri perkahwinan mereka disebabkan berlakunya kecacatan yang telah disebut di atas. Meraka mesti membawa perkara tersebut kepada kadi serta meminta kadi menfasakhkan nikah tersebut dan jika terbukti berlakunya kecacatan kadi mestilah menfasakhkan nikah tersebut.


Kesan Fasakh Di Sebabkan Kecacatan

Di antara kesan-kesan fasakh disebabkan kecacatan ialah jika fasakh berlaku sebelum persetubuhan, mas kahwin tidak dikenakan dan tidak akan ada bayaran mutaah untuk isteri. Ini kerana jika kecacatan itu berlaku kepada suami, isteri yang akan meminta fasakh. Oleh sebab itu, dia tidak akan mendapat apa-apa. Dan jika kecacatan itu berlaku kepada isteri, isteri tidak akan mendapat apa-apa kerana perceraian itu berlaku disebabkan kecacatan yang ada pada dirinya dan seolah-olah dia yang melakukan fasakh.

Jika fasakh berlaku selepas persetubuhan dan kecacatan berlaku sebaik sahaja selesai akad nikad ataupun berlaku di antara akad dan persetubuhan dan suami tidak menyedarinya,  maka  isteri wajib mendapat mahar misil. Dan jika menfasakhkan nikah dengan sebab berlaku kecacatan selepas persetubuhan, maka isteri wajib mendapat semua mas kahwin yang telah disebutkan semasa akad nikah. Ini kerana mas kahwin mesti dibayar dengan berlakunya persetubuhan sebelum wujudnya sebab-sebab fasakh dan jika berlaku kecacatan selepas persetubuhan ia tidak akan merubah hakikat tersebut.

Undian

Tahap kepuasan anda terhadap keseluruhan perkhidmatan yang disediakan oleh JKSNK?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan
Bandar Baru Tunjung, Jalan Pasir Mas Salor, 15510 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Maklumat Lanjut /Pertanyaan?

telefon faks emel direktori kakitangan peta 
  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • MyID
  • JKSNSabah
  • JKSNS
  • JKSNSW
  • JKSNT
  • JKSNP
  • JKSNJ
  • JKSNM
  • JKSNNS
  • JKSNP
  • JKSNPP
  • JKSNW
  • JKSNP