=

Berita Semasa

  • Jamuan Tahunan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan 2019

  • Latihan Senaman Pagi dan Berjalan 10,000 Langkah Diadakan Pada Setiap Hari Khamis

     

  • Program Kospen Plus Oleh PKD Kota Bharu

  • Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JKSNK 24.09.2019

TALAK

TALAK

Talak berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud melepaskan atau membuka ikatan. Talak dari segi syarak ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan perkataan yang jelas atau kinayah (sindiran).

Jenis-Jenis Talak

Talak dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu talak Raj’i dan talak Ba’in.

  1. Talak raj’i ialah Seorang suami yang menceraikankan isterinya dan masih boleh merujuk kembali tanpa akad nikah atau acara pernikahan dengan syarat isterinya itu masih berada dalam tempoh idah.

  2. Talak bai’in dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu talak ba’in sughra dan talak ba’in kubra. Talak ba’in sughra ialah talak yang jatuh serta merta pada masa lafaz talak dilafazkan dan kesemua hak-hak isteri terputus apabila dijatuhkan talak. Jika sekiranya suami ingin kembali bersama isterinya maka perlulah suami menikahinya dengan mas kahwin yang baru.

Talak ba’in kubra ialah talak tiga yang dilafazkan oleh suami yang mana semua perhubungan suami isteri terputus setelah talak dijatuhkan. Suami tidak boleh merujuk dengan isterinya melainkan bekas isterinya berkahwin dengan lelaki yang lain, bersetubuh dengan suami barunya dan menceraikannya dan bekas suami pertamanya boleh berkahwin dengan bekas isterinya setelah tempoh idah tamat.

Kesalahan yang biasa dilakukan oleh umat islam di negara kita ini adalah lafas cerai atau lafaz talak luar mahkamah atau dengan lebih tepat lagi dengan istilah mahkamah adalah lafaz cerai tanpa kebenaran mahkamah. Lafaz talak luar mahkamah ini menjadi kesalahan yang di kategorikan sebagai jenayah syariah, di Negeri Kelantan, mana-mana suami yang didapati bersalah melakukan kesalahan lafaz cerai luar mahkamah boleh di dakwa melalalui enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2005, seksyen 125 yang akan dikenakan hukuman denda sebanyak RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.
(Rujuk : enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2005, seksyen 125)

Hubungi Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan
Bandar Baru Tunjung, Jalan Pasir Mas Salor, 15510 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Maklumat Lanjut /Pertanyaan?

telefon faks emel direktori kakitangan peta 
  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • MyID
  • JKSNSabah
  • JKSNS
  • JKSNSW
  • JKSNT
  • JKSNP
  • JKSNJ
  • JKSNM
  • JKSNNS
  • JKSNP
  • JKSNPP
  • JKSNW
  • JKSNP