=

LI'AN

LI’AN

Perkataan li’an asalnya daripada perkataan “لاعن” iaitu mengutuk. Dan diambil daripada perkataan “اللعن” iaitu kutukan.

L’ian menurut istilah fikah (hukum syarak) ialah sumpah seorang suami apabila ia menuduh isterinya melakukan zina. Sumpah itu diucapkan sebanyak empat kali, bahawa tuduhan itu benar dan pada sumpah yang kelima ia meminta kutukan daripada Allah s.w.t. sekiranya ia berdusta.
Li’an dari segi bahasa ialah menghalau dan menjauhkan. Manakala dari segi istilah ialah beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai hujah oleh orang yang terpaksa menuduh orang yang mencemarkan tempat tidurnya dan memberi malu kepadanya sebagai berzina.

Dalil Pensyariatan Li’an

Li’an ada disebutkan dalam al-Qur’an berdasarkan
Firman Allah s.w.t.yang bermaksud:
Dan orang-orang yang menuduhi isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesah tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (yang sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali bahawa sesungguhnya dia dari orang yang benar. Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata) bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia daripada orang-orang yang berdusta.
 Sabda Rasulullah s.a.w.:
عن سهل بن سعد الساعدى رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (أنا وكافل اليتيم في الجنة هكذا). وأشار بالسبابة والوسطى, وفرج بينهما شيئا.
Maksudnya:
Diriwayatkan dari sahl bin Sa’ad Al-Sa’idi r.a.: Rasulullah pernah bersabda: “aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah seperti disyurga”. Nabi s.a.w. memperlihatkan jari tengah dan telunjuknya lalu merenggangkannya.

Syarat-Syarat Sah Li’an
 Untuk menjadikan li’an itu sah, mestilah mengikut syarat-syarat berikut:-
 Qazaf (suami menuduh isterinya berzina) berlaku lebih dahulu daripada li’an.

  1. Li’an suami mendahului lian isteri.
  2. Kedua-dua suami isteri mesti menyebut perkataan-perkataan li’an. Jika salah seorang menukar lafaz penyaksian dengan lafaz lain seperti aku bersumpah atau dia menukarkan perkataan laknat dengan perkataan murka atau sebaliknya, li’an tersebut tidak sah. Ini kerana lafaz li’an diterangkan dengan jelas dalam al-Qur’an al-Karim dan mesti digunakan semasa melakukan lian.
  3. Kelima-lima penyaksian (lafaz li’an yang disebut sebanyak lima kali) hendaklah dilakukan secara mualat dan berturut-turut. Oleh itu ia tidak boleh dipisahkan oleh sebarang perkara yang dianggap uruf sebagai pemisah.
  4. Hakim wajib memberikan nasihat dan mengingatkan kedua-dua pasangan supaya tidak berbohong. Contonya berkata: perhitungan sebenar kamu terserah kepada Allah. Salah seorang daripada kamu adalah pembohong. Adakah sesiapa yang ingin bertaubat?


  Sebab-sebab Berlaku Li’an

 Li’an terjadi melalui dua sebab iaitu:-

  1. Suami menuduh isterinya melakukan zina, tetapi suami tidak dapat mengemukakan empat orang saksi untuk menguatkan tuduhannya. Jika tuduhan itu nyata dan benar bahawa isterinya melakukan zina, seperti suaminya melihat sendiri bahawa isterinya berzina ataupun isterinya sendiri yang mengaku bahawa dia telah melakukan zina dan pengakuannya diterima serta dibenarkan dengan keterangan-keterangan  yang jelas berserta dengan bukti. Maka dalam masalah ini sebaik-baiknya suami menceraikan isterinya tanpa li’an.
  2. Suami tidak mengakui atau menolak anak yang dikandung isterinya. Contohnya suami mengaku belum pernah menyetubuhi isterinya semenjak dari akad nikah atau isterinya melahirkan anak sebelum sampai enam bulan dari persetubuhan mereka

  Kesan-kesan Li’an

 Kesan-kesan yang akan timbul apabila berlakunya li’an ialah:-

  1. Gugur had Qazaf daripada suami. Had Qazaf itu akan dijatuhkan kepada isteri yang dili’an.
  2. Wajib had zina ke atas isteri yang tidak meli’an suaminya. Jika isteri itu meli’an suaminya maka gugurlah had zina tersebut daripada isteri.
  3. Bercerai di antara suami isteri selama-lamanya sebagai talak ba’in.
  4. Tidak boleh dinasabkan anak yang tidak diakui oleh suami yang meli’an isterinya kepada suami tersebut, jika suami menolak anak itu pada li’annya. Walaubagaimanapun anak itu tetap menjadi nasab kepada isteri yang dili’an.,

Tidak halal (haram selama-lamanya) bagi suami yang meli’an isterinya berkahwin semula dengan isteri yang dili’annya sekalipun isteri tersebut telah berkahwin dengan beberapa suami yang lain.

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • MyID
  • JKSNSabah
  • JKSNS
  • JKSNSW
  • JKSNT
  • JKSNP
  • JKSNJ
  • JKSNM
  • JKSNNS
  • JKSNP
  • JKSNPP
  • JKSNW
  • JKSNP