=

Tatacara Pendaftaran

Tatacara Pendaftaran Kes Di Mahkamah Syariah

 

-       Pastikan tuntutan yang hendak dibuat dan bidangkuasa Mahkamah yang mendengar tuntutan :

  1. Pastikan alamat tempat tinggal dalam Negeri Kelantan atau anda adalah pemastautin dalam Negeri Kelantan.
  2. Tuntutan melebihi RM100,000.00 – bidangkuasa MTS      -    tuntutan selepas
  3. Tuntutan bawah RM100,000.00 – bidangkuasa MRS          perceraian/Faraid
  4. Kes ubah perintah/laksana perintah di Mahkamah yang mengeluarkan perintah
  5. Kes-kes melibatkan perceraian – bidangkuasa MRS
  6. Kes-kes melibatkan Poligami, Hadhanah & Harta Sepencarian – bidangkuasa MTS

 

-       Dapatkan borang yang berkaitan dengan tuntutan yang dibuat. (borang juga boleh di muat turun dari laman web JKSNK ini. 

 

-       Lengkapkan borang sebagaimana yang dinyatakan di dalam senarai semak.

 

-       Hantar permohonan anda di kaunter pendaftaran MTS/ MRS berdasarkan bidangkuasa Mahkamah.

 

-       Ambil no. giliran sebelum berurusan di kaunter Mahkamah.

 

-       Serahkan dokumen pendaftaran dan pastikan anda mendapat nombor pendaftaran. Contoh no. pendaftaran kes :10100-028-0124-2011

 

-       Buat bayaran mengikut permohonan yang difailkan dan pastikan anda mendapat resit bayaran setelah pembayaran dibuat.

 

-       Anda akan mendapat tarikh untuk Majlis Sulh/ Sebutan/ Bicara pada hari yang sama selepas kes anda didaftarkan.

 

-       Pastikan anda mendapat salinan saman/permohonan yang lengkap mengandungi tandatangan Pendaftar,tarikh,masa dan tempat bicara.

Bidangkuasa Mahkamah Rendah

Mahkamah Rendah Syariah Negeri Kelantan ditubuhkan berdasarkan peruntukan di bawah Enakmen No.3 Pentadbiran  Mahkamah Syariah Tahun 1982. Akta tersebut memperuntukan bahawa “Duli Yang Maha Mulia Sultan, di atas nasihat majlis melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah Rendah Syariah bagi Negeri Kelantan di tempat-tempat yang difikirkannya patut.

Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah .

Selain itu dalam  bidang kuasa Mahakamha Rendah Syariah iaitu:

(a) Dalam bidang kuasa jenayahnya membicarakan mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh seorang orang Islam di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Kelantan) 1982 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu; dan

(b) Dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan pembicaraan mengikut kuasa yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Syariah  untuk mendengar dan memutuskannya,jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang, dikecualikan dalam perkara nasab, penjagaan atau pemeliharaan kanak-kanak (hadhanah) atau harta sepencarian.

Rayauan Dari Keputusan Mahkamah Rendah

Sesuatu rayuan dari keputusan Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah mengikut cara berikut;-

(a) Dalam bidangkuasa jenayah, oleh pendakwa atau orang yang disabitkan kesalahan dan rayuan ini dibuat terhadap pembebasan, sabitan atau hukuman atau mana-mana satu daripada keputusan tersebut; atau

(b) Dalam bidangkuasa Mal;-

(i) oleh mana-mana orang yang terkilan  oleh keputusan itu, jika jumlah yang dituntut itu tidak kurang dari lima ratus ringgit.

(ii) dalam semua kes yang melibatkan mana-mana keputusan mengenai status peribadi, oleh mana-mana orang yang terkilan oleh keputusan itu;

(iii) dalam semua kes yang berkaitan dengan nafkah tanggungan oleh mana-mana orang yang terkilan oleh keputusan itu.

(c) Dalam kes-kes lain, dengan kebenaran Mahkamah Tinggi Syariah.

Bidangkuasa Mahkamah Tinggi

Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kelantan mempunyai bidangkuasa di Seluruh Negeri Kelantan dan hendaklan diketuai oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Peruntukan ini terkandung dalam Enakmen No.3 Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan Tahun 1982. Berkenaan dengan jenis bidang kuasanya, ianya terbahagi kepada dua iaitu bidangkuasa jenayah dan bidangkuasa mal/sivil.  Peruntukkan tersebut berbunyi:

Bidangkuasa Mahkamah  Tinggi Syariah hendaklah;

(1) Dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen ini  atau di bawah mana-mana undang-undang  bertulis yang diperuntukan bagi kesalahan itu dan bolehlah mengenai apa-apa hukuman yang telahpun diperuntukan baginya.

(2) Dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan pembicaraan dalam mana semua pihak-pihak  adalah orang Islam dan yang berhubungan dengan:

(i) Pertunangan, perkahwinan, rujuk’, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), taklik,  nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan di antara suami isteri.

(ii) Mana-mana pembahagian atau tuntutan kepada mana-mana harta terbit dari mana-mana perkara tersebut didalam perenggan - kecil(i) seksen ini:

iii) Nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan kanak-kanak penjagaan atau jagaan (hadhanah) kanak-kanak;

(iv) Pembahagian atau tuntutan harta kepada harta sepencarian atau dom;

(v) Menentukan nasab atau faraid orang-orang berhak mandapat bahagian pesaka;

(vi) Alang hayat (hibah) atau pembatalannya:

(vii) Wasiat atau Wakaf atau nazar atau;

(viii) Lain-lain perkara yang mana bidangkuasanya telah ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis;

Dengan syarat bahawa Mahkamah itu lazimnya, tidaklah membicarakan mana-mana kesalahan atau mendengar atau menentukan mana-mana tindakan atau membicarakan mengenai mana-mana Mahkamah Rendah Syariah yang mempunyai bidangkuasa tersebut.

(3) Memeriksa mana-mana rekod pembicaraan Mahkamah Rendah Syariah dan boleh membuat keputusan seperti berikut:-

(a) Dalam sesuatu perkara jenayah membatalkan sabitan, mengenepikan, mengurangkan atau memerintahkan pembicaraan semula diadakan;

(b) Dalam sesuatu perkara Mal mengubah hukuman, perintah atau keputusan Mahkamah pembicaraan, menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana dijalankan oleh Mahkamah pembicaraan, membuat apa-apa perintah sebagaimana dibuat oleh Mahkamah pembicaraan atau memerintahkan pembicaraan semula diadakan.

(4) Apabila Mahkamah memanggil rekod tentang apa-apa perkara atau prosiding dibawah subseksyen (3) segala prosiding di Mahkamah Rendah Syariah dalam perkara atau prosiding hendaklah digantung sementara menanti perintah selanjutnya daripada Mahkamah.

(5) Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Ketua Hakim Syarie untuk bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan mengetuai Mahkamah itu.

Bidangkuasa Mahkamah Rayuan

Bidangkuasa Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah meliputi seluruh Negeri Kelantan  untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidangkuasa asalnya dan juga terhadap keputusan rayuannya dari Mahkamah Rendah Syariah. Kuasa ini jelas boleh dilihat di dalam peruntukkan  Enakmen No.3 Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan Tahun 1982.

(1) Dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh;-

(a) Dalam perkara jenayah, menolak rayuan, memsabitkan dan menghukum pihak yang merayu, memerintah Mahkamah yang membicarakan kes itu memanggil kes pembelaan atau membuat sisatan lanjut, menambah atau mengubah hukuman itu, memerintah pembicaraan semula atau mengubah atau membatalkan sebarang perintah oleh Mahkamah yang membicarakan kes itu atau;

(b) Dalam perkara Mal, mengesahkan, membatalkan atau mengubah keputusan Mahkamah yang membicarakan kes itu, menjalankan mana-mana kuasa tersebut sebagaimana Mahkamah boleh melaksanakannya , membuat perintah sebagaimana Mahkamah yang membicarakan sepatutnya membuat atau memerintah pembicaraan semula.

(2) Sesuatu rayuan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Rayuan Syariah di atas mana-mana keputusan Mahkamah Tinggi Syariah:-

(a) Dalam bidangkuasa jenayah;-

(i) oleh seseorang yang disabitkan dan dihukum penjara atau denda, rayuan itu boleh dibuat terhadap sabitan atau hukuman atau kedua-duanya sekali.

(ii) oleh sesorang yang menjalankan dakwaan rayuan itu bolehlah dibuat terhadap hukuman atau perintah pembebasan atau pembuangan kes pendakwaan atau kedua-duanya sekali.

(b) Dalam bidangkuasa Malnya;-

 (i) oleh mana-mana orang yang terkilan atau tidak puashati dengan keputusan itu.

(ii) dalam segala kes berkenaan dengan mana-mana keputusan mengenai taraf diri oleh mana-mana orang yang terkilan atau tidak puashati dengan keputusan itu.

(iii) dalam segala kes berhubung dengan nafkah orang-orang tanggungan, oleh mana-mana orang terkilan atau tidak puashati dengan hukuman, perintah atau keputusan.

(c) Dalam apa-apa kes yang ada diperuntukan oleh peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

(d) Dalam apa-apa kes lain, jika Mahkamah memberi kebenaran untuk merayu.

Kes Faraid

Klasifikasi Kes Faraid adalah seperti berikut:-
i.
Nilai harta pusaka melebihi RM 100,000.00 - Bagi nilai pusaka yang melebihi RM 100,000.00 permohonan hendaklah difailkan/ didaftarkan terus ke Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan.
ii.
Nilai harta pusaka tidak melebihi RM 100,000.00 - Bagi nilai pusaka simati yang dibawah RM 100,000.00, permohonan hendaklah difailkan/ daftarkan di Mahkamah Rendah Syariah di daerah di mana pemohon tinggal.
   
Butir-Butir perlu Dalam Setiap Pendaftaran Kes Faraid
i.
Permohonan Persendirian/ Peguam
 
a.
Borang Permohonan Pendaftaran Kes Faraid
 
b.
Surat Akuan Waris
 
c.
Surat Akuan Am 80
 
d.
Salinan Kad Pengenalan Pemohon
 
e.
Salinan Kad Pengenalan waris-waris
 
f.
Salinan dokumen berkaitan harta
 
g.
Jumlah keseluruhan harta pusaka
 
h.
Bayaran sijil faraid akan dikenakan selepas sijil disiapkan berdasarkan kehendak Kaedah Fee dam Kos 1991
     
ii.
Permohonan Melalui Pejabat Pesaka Kecil Daerah/ Amanah Raya
 
a.
Surat permohonan dari Pegawai Pejabat Pesaka Kecil atau Pegawai Amanah Raya dengan menyertakan keputusan perbicaraan waris-waris yang sempurna.
 
b.
Pemohon dikehendaki membayar bayaran pendaftaran dan bayaran sijil faraid setelah sijil disiapkan.
 
c.
Pemohon akan dimaklumkan melalui surat makluman sijil faraid siap dan jumlah bayaran yang perlu dijelaskan.
 
d.
Pemohon perlu datang untuk mengambil sendiri sijil tersebut

 

PENAFIAN: Segala maklumat dan pengiraan faraid yang terkandung di dalam portal ini yang berkaitan dengan faraid tidak boleh digunakan di dalam mahkamah syariah . ia hanya sebagai maklumat ilmiah sahaja.

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • MyID
  • JKSNSabah
  • JKSNS
  • JKSNSW
  • JKSNT
  • JKSNP
  • JKSNJ
  • JKSNM
  • JKSNNS
  • JKSNP
  • JKSNPP
  • JKSNW
  • JKSNP