=

Soalan Lazim - Perkahwinan

Soalan Lazim - Perkahwinan

Maklumat mengenai perkhidmatan Perkahwinan

Tuan boleh membuat permohonan kebenaran berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu. Permohonan Penyampaian Saman Diluar Bidang Kuasa adalah diperlukan kerana isteri tuan beralamat penyampaian di Kuala Lumpur. Borang permohonan kebenaran berpoligami dan Permohonan Penyampaian Saman Diluar Bidang Kuasa boleh didapati di Kaunter , Bangunan Mahkamah Syariah Kota Bharu.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mendaftarkan Permohonan Kebenaran Berpoligami adalah :

  1. Dua (2) salinan borang (Notis Permohonan & Afidavit)
  2. Dua (2) salinan borang penyampaian saman di luar bidangkuasa (bagi Responden yang berada di luar Kelantan/Malaysia)
  3. Borang MS 27 (Pengenalpastian Ekshibit) mengikut bilangan ekshibit yang ditandakan.
  4. Salinan KP Pemohon (3 salinan)
  1. Salinan surat Permastautinan Pemohon (bagi Pemohon yang alamat KP diluar daerah di negeri Kelantan atau di luar daripada negeri Kelantan) (3 salinan)
  1. Salinan Slip Gaji/Penyata Pendapatan/Penyata Bank/Perakuan Pendapatan (terbaru) (mana yg berkaitan) (3 salinan)
  2. Salinan Surat Nikah (isteri sedia ada) (3 salinan)
  3. Salinan Surat Cerai Bakal Isteri (3 salinan) jika janda dan Salinan Surat Mati Suami Terdahulu (3 salinan) jika bercerai mati.

Setiap perkahwinan yang sah menurut Hukum Syara' hendaklah didaftarkan. Bagi kes puan, puan hendaklah terlebih dahulu membuat Permohonan Pengesahan Pernikahan di Mahkamah bagi menentukan sama ada pernikahan yang dilangsungkan itu adalah sah atau sebaliknya.

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • MyID
  • JKSNSabah
  • JKSNS
  • JKSNSW
  • JKSNT
  • JKSNP
  • JKSNJ
  • JKSNM
  • JKSNNS
  • JKSNP
  • JKSNPP
  • JKSNW
  • JKSNP