=

Bidangkuasa Mahkamah Rayuan

Bidangkuasa Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah meliputi seluruh Negeri Kelantan  untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidangkuasa asalnya dan juga terhadap keputusan rayuannya dari Mahkamah Rendah Syariah. Kuasa ini jelas boleh dilihat di dalam peruntukkan  Enakmen No.3 Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan Tahun 1982.

(1) Dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh;-

(a) Dalam perkara jenayah, menolak rayuan, memsabitkan dan menghukum pihak yang merayu, memerintah Mahkamah yang membicarakan kes itu memanggil kes pembelaan atau membuat sisatan lanjut, menambah atau mengubah hukuman itu, memerintah pembicaraan semula atau mengubah atau membatalkan sebarang perintah oleh Mahkamah yang membicarakan kes itu atau;

(b) Dalam perkara Mal, mengesahkan, membatalkan atau mengubah keputusan Mahkamah yang membicarakan kes itu, menjalankan mana-mana kuasa tersebut sebagaimana Mahkamah boleh melaksanakannya , membuat perintah sebagaimana Mahkamah yang membicarakan sepatutnya membuat atau memerintah pembicaraan semula.

(2) Sesuatu rayuan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Rayuan Syariah di atas mana-mana keputusan Mahkamah Tinggi Syariah:-

(a) Dalam bidangkuasa jenayah;-

(i) oleh seseorang yang disabitkan dan dihukum penjara atau denda, rayuan itu boleh dibuat terhadap sabitan atau hukuman atau kedua-duanya sekali.

(ii) oleh sesorang yang menjalankan dakwaan rayuan itu bolehlah dibuat terhadap hukuman atau perintah pembebasan atau pembuangan kes pendakwaan atau kedua-duanya sekali.

(b) Dalam bidangkuasa Malnya;-

 (i) oleh mana-mana orang yang terkilan atau tidak puashati dengan keputusan itu.

(ii) dalam segala kes berkenaan dengan mana-mana keputusan mengenai taraf diri oleh mana-mana orang yang terkilan atau tidak puashati dengan keputusan itu.

(iii) dalam segala kes berhubung dengan nafkah orang-orang tanggungan, oleh mana-mana orang terkilan atau tidak puashati dengan hukuman, perintah atau keputusan.

(c) Dalam apa-apa kes yang ada diperuntukan oleh peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

(d) Dalam apa-apa kes lain, jika Mahkamah memberi kebenaran untuk merayu.

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • MyID
  • JKSNSabah
  • JKSNS
  • JKSNSW
  • JKSNT
  • JKSNP
  • JKSNJ
  • JKSNM
  • JKSNNS
  • JKSNP
  • JKSNPP
  • JKSNW
  • JKSNP