=

Bahagian Sokongan Keluarga

::Sejarah Penubuhan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) JKSM::

Kebelakangan ini juga, timbul desakan daripada masyarakat khususnya daripada Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), supaya tindakan yang lebih proaktif dan efektif dilaksanakan ke atas mereka yang ingkar daripada mematuhi perintah mahkamah. Dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-47 yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 7 Jun 2007, Perdana Menteri memutuskan supaya JKSM mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu nafkah isteri dan anak. Berasaskan kepada keputusan tersebut, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) telah ditubuhkan sebagai salah satu unit di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).  

Cadangan untuk mewujudkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) ini juga dilihat sebagai satu langkah yang amat bijak dan tepat pada masanya, bagi mengatasi masalah berhubung dengan pelaksanaan perintah. Sebenarnya, terdapat banyak institusi di peringkat antarabangsa yang mengambil berat mengenai persoalan dan pemasalahan berkaitan keluarga. Mereka juga telah mengorak langkah lebih awal dan proaktif untuk menubuhkan suatu agensi atau badan khas yang berperanan untuk memastikan pelaksanaan perintah berjalan dengan teratur mengikut jadual yang ditetapkan. Antara negara-negara terlibat adalah seperti yang berikut :

-i. Australia- 'Child Support Authority (CSA)' di mana matlamat penubuhannya ialah bagi menyediakan perkhidmatan untuk mendapatkan hak saraan dan nafkah kepada kanak-kanak.   Penubuhan dan Pelancaran BSK JKSM,   BSK JKSM ditubuhkan dengan rasminya pada 22 Oktober 2008 oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di JKSM, Aras 4, Putrajaya. Dalam majlis pelancarannya, BSK telah menerima penyumbang dana kewangan yang pertama sebanyak RM 500,000.00 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

::Fungsi BSK::

1. Memberi khidmat nasihat perundangan kepada orang Islam mengenai hak dan tuntutan di mahkamah syariah terutama mengenai isu nafkah;
2. Melaksanakan penguatkuasaan penghakiman atau penghakiman atau perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah;
3. Menyalurkan bantuan sara hidup sementara kepada isteri atau isteri dan anak-anak yang menghadapi masalah mendapatkan nafkah dari pihak yang wajib             membayar nafkah; Menjadi agen mengutip dari pihak yang diperintahkan membayar nafkah;
4. Menyalurkan nafkah kepada pihak yang berhak mendapat nafkah, mencari dan mengumpul dana bagi keperluan pembayaran nafkah yang tidak mencukupi.

::Objektif BSK::

1. Menguatkuasakan semua perintah nafkah yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Syariah;
2. memastikan tiada isteri dan atau anak yang menghadapi masalah tuntutan nafkah;
3. Memastikan perintah Mahkamah Syariah dihormati dan dilaksanakan;
4. Memberikan khidmat sokongan kepada keluarga Islam dalam semua hal yang melibatkan Mahkamah Syariah;

::JAWATANKUASA INDUK BSK::

Membuat ketetapan dasar berkenaan BSK JKSM  Melantik Jawatankuasa Kerja BSK Negeri bagi mengemukakan sebarang perkara dasar kepada jemaah menteri, MKI dan Majlis Jawatankuasa::

::JAWATANKUASA KERJA BSK::

1. Menetapkan dasar dan polisi BSK; 
2. Memperincikan fungsi BSK; 
3. Memantau fungsi BSK sehingga dapat dilaksanakan dengan betul dalam tempoh masa 6 bulan; 
4. Menyemak semula ‘review’ kewujudan dan kaedah pelaksanaan BSK; 
5. Menilai pelaksanaan BSK;  Membuat penyelidikan untuk rujukan;
6. Membuat perancangan masa depan BSK

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • MyID
  • JKSNSabah
  • JKSNS
  • JKSNSW
  • JKSNT
  • JKSNP
  • JKSNJ
  • JKSNM
  • JKSNNS
  • JKSNP
  • JKSNPP
  • JKSNW
  • JKSNP