=

Unit Teknologi Maklumat

                                               

Pengenalan

Bahagian ICT Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan adalah salah satu bahagian dibawah Sektor Pengurusan. Di mana Pegawai dan Kakitangan Bahagian ini adalah di bekalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bagi menyediakan perkhidmatan sokongan ICT kepada warga JKSNK dan bertanggungjawab terhadap perkembangan dan penyelarasan ICT di JKSNK.

Bahagian ini diketuai oleh Seorang Pegawai Teknologi Maklumat F41/44 dan dibantu oleh Dua Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29  dua (2) Orang Juruteknik Komputer FT17. Bahagian ini mempunyai empat (4) Fungsi utama untuk menyokong hal-hal berkaitan ICT iaitu Perancangan ICT, Teknikal dan Operasi, Aplikasi Pengurusan dan  Aplikasi Keselamatan. Keempat-empat Fungsi ini diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat F41.

Misi
Menyediakan perkhidmatan ICT yang efektif ,efisien dan selamat bagi memastikan keberkesanan dalam pengurusan keselamatan dalam JKSNK.

Visi
ICT sebagai penggerak utama Kemajuan ICT bagi JKSNK.

::Objektif Bahagian::

  1. Menyelaras, memantau dan meningkatkan penggunaan teknologi komputer yang terkini kepada semua pegawai dan kakitangan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan.
  2. Mempertingkatkan kecekapan pengurusan ICT bagi menyokong keperluan strategik JKSNK dan membudayakan ICT kepada warganya.

::Fungsi Bahagian::

  1. Memastikan sistem yang tersedia dapat digunakan dengan sempurna.
  2. Memberi perkhidmatan ICT dan bantuan teknikal yang diperlukan kepada semua Bahagian / Unit di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan termasuk di Mahkamah Syariah setiap daerah dalam pelaksanaan program-program dan aktiviti ICT yang telah ditetapkan agar jabatan menjadi lebih produktif, cekap dan berkesan dalam menjalankan fungsi-fungsinya.
  3. Menyelesaikan dan melaporkan masalah yang berkaitan dengan Sistem-sistem yang disediakan oleh JKSM yang dilaporkan melalui penggunaan Helpdesk.
  4. Menentukan pengagihan peratan ICT di dalam jabatan dan mengurus prasarana ICT termasuk perkakasan dan perisian yang terdapat di Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan (JKSNK).
  5. Mengawal inventori peralatan ICT.
  6. Pelupusan peralatan ICT (aset JKSM).
  7. Mengurus dan memantau penggunaan Sistem e-Syariah,e-TMS,e-Bicara dan lain-lain sistem agar dalam keadaan baik
  8. Merancang Pelan Strategik ICT dan Pelan Keselamatan ICT JKSNK.
  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • MyID
  • JKSNSabah
  • JKSNS
  • JKSNSW
  • JKSNT
  • JKSNP
  • JKSNJ
  • JKSNM
  • JKSNNS
  • JKSNP
  • JKSNPP
  • JKSNW
  • JKSNP