=

Unit Rekod

PENGENALAN

Unit Rekod adalah salah satu daripada empat bahagian yang dibekalkan oleh kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, dimana penjawatan bagi unit ini adalah penjawatan persekutuan (Guna sama).

Fungsi Unit Rekod ditempatkan di Mahkamah Syariah/Jabatan Kehakiman Syariah negeri-negeri seluruh Malaysia adalah bertujuan untuk menjadikan sistem pengurusan rekod JKSN/MSN teratur dan bersistematik.

Menjadi pusat rujukan pengurusan rekod perundangan dan pentadbiran bagi memenuhi kepuasan pelanggan dan memastikan mencapai keberkesanan sistem pengurusan kualiti. Unit Rekod diwujudkan di JKSNK pada Januari 2009 dengan pengisian jawatan untuk unit ini.

Pengisian jawatan di Unit Rekod JKSN Kelantan diisi oleh Satu (1) Penolong Pegawai Syariah (LS27) dan dibantu oleh Satu (1) Pembantu Syariah (LS17). Aktiviti utama Unit ini adalah untuk :

  1. Mewujud dan melaksanakan sistem pengurusan rekod yang sistematik, teratur dan efisyen berdasarkan perundangan dan peraturan, bersesuaian dengan kehendak dan persekitaran kerja jabatan.
  2. Melaksanakan pengurusan rekod jabatan yang efisyen.
  3. Melahirkan suasana ruang kerja yang kondusif, selesa dan harmoni setelah melaksanakan aktiviti pelupusan fail bagi setiap Mahkamah Tinggi Syariah dan seluruh Mahkamah Rendah Syariah negeri Kelantan.
  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • MyID
  • JKSNSabah
  • JKSNS
  • JKSNSW
  • JKSNT
  • JKSNP
  • JKSNJ
  • JKSNM
  • JKSNNS
  • JKSNP
  • JKSNPP
  • JKSNW
  • JKSNP