Latar Belakang JKSN Kelantan
SEJARAH PENUBUHAN
- Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan mula ditubuhkan berdasarkan Seksyen 8(1), (2), (3) dan (4) Enakmen Pentadbiran Mahkamah
Syariah Negeri Kelantan 1982 (Pindaan 1998). - Penubuhannya berkuatkuasa pada 16hb Julai 1998 mengikut Warta Kerajaan Negeri Kelantan Jld.51 Nombor 7 yang bertarikh 26hb Mac 1998.
- Sebelum itu, Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri Kelantan dibawah Pejabat Qadhi Besar Kelantan dan diketuai Qadhi Besar yang kemudian diubah kepada Ketua Hakim Syarie mulai pada 16hb Ogos 1998.
SEJARAH PERKEMBANGAN
TARIKH | PERKEMBANGAN |
04.12.1972 | Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tan Sri Syed Nasir Ismail bagi mengkaji kedudukan Mahkamah Syariah dan taraf Qadhi-qadhi seluruh Malaysia dengan hasrat untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kedudukan Mahkamah Syariah dan taraf Qadhi-Qadhi. |
30.04.1983 |
Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah menimbang laporan Jawatankuasa tersebut dan memperakui untuk diterima pakai oleh Negeri-negeri. Laporan tersebut adalah mengenai :
|
02.06.1990 |
Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbendaharaan Malaysia telah membuat pemeriksaan perjawatan bagi mewujudkan Mahkamah Syariah Negeri. |
09.06.1991 | Mesyuarat Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Perjawatan telah membuat keputusan bersetuju dengan cadangan ini. |
03.11.1991 | Majlis Mesyuarat Kerajaan telah berbincang kertas MMK Bil. 22/862/91(25) dan bersetuju jawatan-jawatan berkenaan diluluskan tetapi pengisian jawatan-jawatan yang berkenaan bergantung kepada kemampuan dari segi kewangan dan hendaklah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan terlebih dahulu. |
16.01.1995 | Keputusan ini telah dimaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pertimbangan dan perakuan Perbendaharaan Malaysia bagi kelulusan perjawatan mengikut perkara 112 Perlembagaan Persekutuan. |
02.05.1996 | Mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi mengkaji Jawatan-jawatan Tingkatan Tertinggi (JKTT) telah bersetuju dengan cadangan pelaksanaan sepenuhnya pengasingan perjawatan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan dan perwujudan jawatan-jawatan Ketua Hakim Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan jawatan-jawatan sokongan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan. |
11.07.1996 | Perbendaharaan Malaysia telah mengeluarkan kelulusan Perjawatan Bil. 67 Tahun 1996 yang berkuatkuasa mulai 15 Julai 1996 mengenai perjawatan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan. |
MANTAN KETUA HAKIM SYARIE
NAMA KETUA HAKIM SYARIE |
TAHUN BERKHIDMAT | |
1. |
HAJI WAN HASAN BIN MUHAMMAD |
20.04.1920 - 31.09.1935 |
2. |
|
15.10.1935 - 31.12.1938 |
3. |
|
21.01.1939 - 31.01.1941 |
4. | HAJI NIK MOHD ADEEB BIN HJ. NIK MUHAMMAD |
01.09.1941 - 17.07.1957 |
5. | HAJI OMAR BIN HAJI MUSA |
20.08.1957 - 31.01.1961 |
6. | DATO' HAJI AHMAD BIN HAJI IDRIS |
01.02.1961 - 31.03.1969 |
7. | DATO' HAJI YUSOFF BIN HJ. MOHD OTHMAN |
16.05.1969 - 31.12.1988 |
8. | DATO' HAJI DAUD BIN MUHAMMAD |
21.01.1989 - SEKARANG |
Mulai 16 Julai 1989, jawatan Qadhi Besar dimansuhkan dan digantikan dengan jawatan Ketua Hakim Syarie yang dipegang
oleh YAA Dato'Haji Daud Bin Muhammad (Dato' Sri Paduka Raja) sehingga sekarang.
Kemaskini : 23.04.2019