=

Fungsi dan Bidang Kuasa Mahkamah Syariah

FUNGSI DAN PERANAN MAHKAMAH SYARIAH NEGERI KELANTAN

 

Di dalam merealisasikan objektif jabatan, fungsi utama / khusus telah ditetapkan iaitu :-

  • Menerima, mendengar dan memutuskan kes-kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah mengikut Undang-undang dan Hukum Syarak;
  • Menguatkuasa dan melaksanakan perintah berasaskan Undang-undang dan Hukum Syarak;
  • Menerima, mendengar dan memutuskan kes-kes rayuan secara teratur dan berkesan;
  • Menerima dan memutuskan kes-kes semakan;
  • Menerima, mendengar dan memutuskan permohonan faraid;
  • Memberi perkhidmatan rundingan, pertemuan dan perdamaian (Sulh);
  • Pengurusan Rekod
  • Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga (SBSK)
  • Pengurusan Teknologi Maklumat
  • Pengurusan Penyelidikan

Punca Kuasa

Punca Kuasa

A.     Perlembagaan Malaysia Jadual Ke-9 Senarai 2 Butiran 1 dan Pindaan Perlembagaan Malaysia Perkara 121 (1A);

B.    Sumber kuasa perundangan yang berkuatkuasa ;

  1. Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan No 3 Tahun 1982 pindaan 1998;
  2. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan No 6 Tahun 2002;
  3. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah No 7 Tahun 2002;
  4. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 8 Tahun 2002;
  5. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan No 9 Tahun 2002;
  6. Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 2 Tahun 1985;
  7. Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Negeri Kelantan Tahun 1993
  8. Kaedah-kaedah (Fee, Elaun dan Kos) Mahkamah Syariah 2011;
  9. Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan No 7 Tahun 1994;
  10. Married Women And Children (Enforcement Of Maintenance) Act 1968, Act 356;
  11. Perlembagaan Persekutuan;
  12. Kanun Tanah Negara;
  13. Akta Tafsiran 1948 & 1967 [Akta 388];
  14. Akta Umur Dewasa, 1971 [Akta 21];
  15. Akta Pentadbiran Pusaka Kecil 1955; dan

Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri  Kelantan

Fungsi Jabatan

Fungsi Jabatan JKSN Negeri Kelantan

Menerima dan menyelesaikan kes-kes yang dibawa ke mahkamah syariah dengan adil dan saksama mengikut hukum syarak dan peruntukan undang-undang.

    • Menguatkuasa dan melaksanakan system kehakiman Islam yang teratur dan berkesan.

    • Mengurus kes-kes rayuan syariah secara sistematik dan berkesan.

    • Menguruskan permohonan pembahagian harta pesaka.

    • Membangunkan sumber manusia yang terlatih dan mencukupi.

    • Memberi perkhidmatan rundingcara, pertemuan dan perdamaian.

    "Wahai orang-orang yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasullah dan kepada Ullu Amri orang yang berkuasa dikalangan kamu. Kamudian jika kamu berbantah-bantah atau berselisih faham  sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembali kepada kitab Al-Quran dan Sunnah Rasulnya. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu danelok pulak kesudahannya.".

    Dasar Jabatan

    Dasar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, komited untuk melaksanakan pengurusan kes-kes syariah secara profesional, berkesan dan sistematik berlandaskan Hukum Syarak dan Undang-undang. Perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualtiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakiman syariah yang berwibawa.

    • myGOV
    • Kerajaan Negeri Kelantan
    • Jabatan Perkhidmatan Awam
    • MAMPU
    • MSC Malaysia
    • mySMS 15888
    • MyID
    • JKSNSabah
    • JKSNS
    • JKSNSW
    • JKSNT
    • JKSNP
    • JKSNJ
    • JKSNM
    • JKSNNS
    • JKSNP
    • JKSNPP
    • JKSNW
    • JKSNP