=

Kualiti

KUALITI

1. MS ISO 9001: 2008
iqnetsirimiso

PENGENALAN MS ISO 9001:2008

Tujuan

Panduan Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 dalam Sektor Awam bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman agensi-agensi Sektor Awam mengenai keperluan-keperluan standard dalam melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berasaskan standard MS ISO 9001:2008. Panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan standard MS ISO 9001:2008 yang dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia.

Latar Belakang

Pelaksanaan SPK berasaskan standard MS ISO 9001:2008 dalam Sektor Awam Malaysia adalah selaras dengan standard ISO 9000 yang ditetapkan oleh International Organisation For Standardization (ISO) dan diterima pakai oleh Jabatan Standard Malaysia melalui siri-siri standard Malaysia atau Malaysian Standard (MS). Justeru itu, sekiranya terdapat sebarang perubahan, pindaan atau pengenalan standard baru oleh ISO, maka pelaksanaan MS ISO di Sektor Awam perlu diselaraskan bagi menepati kehendak dan keperluan standard tersebut.

Selaras dengan pengeluaran standard ISO 9001:2008 dan MS ISO 9001:2008, semua pensijilan berasaskan MS ISO 9001:2000 akan luput pada akhir tahun 2010. Oleh itu, Agensi-Agensi Sektor Awam Malaysia diminta untuk mengambil salah satu tindakan berikut:

a) bagi agensi yang telah mendapat pensijilan MS ISO 9001:2000, agensi berkenaan dikehendaki beralih kepada pensijilan MS ISO 9001:2008 selewat-lewatnya pada akhir tahun 2010

b) bagi agensi yang belum mendapat pensijilan atau sedang dalam tindakan mendapatkan pensijilan berasaskan MS ISO 9001:2000, agensi berkenaan disarankan untuk terus mendapatkan pensijilan mengikut standard MS ISO 9001:2008; dan

c) bagi agensi yang sedang dalam tindakan tetapi masih belum mendapat pensijilan MS ISO 9001:2000, agensi berkenaan dikehendaki untuk terus mendapatkan pensijilan mengikut standard MS ISO 9001:2008.



2. Amalan Persekitaran Berkualiti 5S

MPC

PENGENALAN 5S

5S merupakan suatu konsep amalan kebersihan yang diperkenalkan di Jepun. Amalan Penjagaan kebersihan ini merujuk kepada penjagaan tempat kerja yang kemas dan bersih berdasarkan kepada prinsip "tempat untuk semua dan semua ditempatnya".

Tujuan utama penjagaan kebersihan ialah untuk mempraktikkan disiplin dan moral yang baik di kalangan pekerja di mana ia akan meningkatkan prestasi serta produktiviti dan seterusnya membentuk tabiat kerja yang baik.

 
OBJEKTIF 5S

5 OBJEKTIF 5S YANG INGIN DICAPAI JABATAN IALAH :

  1. Memastikan produktiviti pekerja meningkat
  2. Melahirkan warga JKSN Kelantan yang berdisiplin dan sentiasa bermotivasi
  3. Mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, selesa, sistematik dan kondusif
  4. Mengamalkan langkah-langkah penjimatan dalam pengurusan
  5. Memastikan anggota saling bantu membantu dan bekerjasama

 

POLISI 5S JKSN KELANTAN

JKSN Kelantan beriltizam untuk sentiasa mengamalkan budaya kerja yang cekap dan cemerlang, dengan persekitaran yang selesa dan indah demi kepuasan pelanggan.

PROSES 5S

  • Seiri (Sisih)
    Menyisih barang-barang yang tidak perlu dan membuangnya.
  • Seiso (Sapu)
    Membersih tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran diatas lantai, meja, mesin dan perkakas lain.
  • Seito (Susun)
    Menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah diambil untuk digunakan.
  • Seiketsu (Seragam)
    Memelihara tahap penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi setiap masa.
  • Shitsuke (Sentiasa Amal)
    Melatih pekerja mematuhi peraturan / piawaian yang telah dibuat supaya penjagaan kebersihan bertambah baik dan menjadi budaya.
  
  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • MyID
  • JKSNSabah
  • JKSNS
  • JKSNSW
  • JKSNT
  • JKSNP
  • JKSNJ
  • JKSNM
  • JKSNNS
  • JKSNP
  • JKSNPP
  • JKSNW
  • JKSNP