Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman    
               
enms
A- A A+

Wali Ghaib

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Adalah dimana situasi wali tidak dapat dihubungi atau dikesan, maka bagi pihak bakal pengantin perempuan hendaklah membuat permohonan berkahwin secara berwali hakim.

Proses permohonan perkahwinan secara berwali hakim

PROSES DI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.

  1. Membuat aduan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan tentang Wali yang tidak dapat dihubungi atau dikesan (Wali Ghaib).
  2. Pejabat agama islam yang berkenaan akan membuat  siasatan berkaitan perkara tersebut dan jika didapati Wali berkenaan benar-benar tidak dapat dikesan, maka Pejabat agama islam yang berkenaan akan mengeluarkan satu laporan dan surat iringan yang berkaitan untuk di lampirkan bersama bagi pendaftaran di Mahkamah Rendah Syariah.

Proses permohonan perkahwinan secara berwali hakim

PROSES DI MAHKAMAH SYARIAH

  1. Bakal pengantin perempuan (pemohon) akan membuat permohonan dan pendaftaran di Mahkamah Rendah Syariah beserta lampiran dari pejabat agama.
  2. permohonan bagi kes wali hakim boleh menggunakan khidmat peguam atau tidak diwakili peguam.
  3. Pemohon di kehendaki membuat permohonan Interlokoturi /mencelah' untuk proses membuat iklan di Surat Khabar perdana. (borang permohonan Interlokoturi disediakan di Mahkamah)
  4. setelah selesai proses pengiklanan bagi mencari wali tersebut dan pemohon hendaklah menyimpan satu keratan iklan berkenaan bagi dijadikan bukti di mahkamah.
  5. Proses pengiklanan di surat khabar dibuat dalam jangka masa 3 minggu (kos ditanggung oleh pemohon).

PROSES PERBICARAAN

  1. Setelah Pemohon mengikut prosiding seperti diatas proses perbicaraan akan dijalankan.
  2. Pihak Pemohon hendaklah menyediakan sekurang-kurangnya 2 orang saksi Lelaki atau 2 Orang saksi perempuan.
  3. Jika hakim berpuashati dengan keterangan pihak-pihak (Permohon dan saksi) hakim akan membuat keputusan.
  4. jika tidak berpuas hati dengan keputusan hakim pemohon boleh mengemukakan Rayuan.

PROSEDUR PENDAFTARAN

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Rendah Syariah di tempat pemohon itu bermastautin. Dokumen-dokumen yang di perlukan bagi permohonan ini adalah seperti berikut:

(a) Notis Permohonan
(b) Afidavit Sokongan
(c) Eksibit-eksibit seperti:

  • salinan kad pengenalan
  • sijil memeluk islam
  • borang perkahwinan bagi perempuan
  • borang perkahwinan bagi lelaki
  • lain-lain dokumen yang berkaitan

(d) Surat sokongan dari Pendaftar Nikah.
(e) Fi yang secukupnya.

 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Peta Laman | Penafian 
Terma dan Syarat | Perkhidmatan Pelanggan
"Paparan terbaik ,menggunakan Chrome dengan resolusi 1024 x 800"

© Hakcipta Terpelihara 2021 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan